Posts

Showing posts from April, 2020

KEPIMPINAN & ORGANISASI

Image
DAPATAN KAJIAN DAPATAN KAJIAN MELALUI TESIS Menurut Jaafar Khamis (2007), pada awal penubuhan jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) iaitu pada September 1989, kajian Nasiriah (2001) menunjukkan bahawa 95.8% daripada 48 orang GKMP di Daerah X dan Y telah berkhidmat sebagai guru  melebihi 10 tahun. 91.5% daripada mereka pernah menjadi ketua panitia mata pelajaran tetapi mereka masih belum dapat bertugas sepenuhnya dalam jawatan yang disandang. Ini telah disokong oleh dapatan kajian Jaya Silar (1998) yang menyatakan GKMP menghadapi masalah sewaktu melaksanakan tugas di sekolah kerana kurang berpengalaman dalam bidang pengurusan, mempunyai senarai tugas yang bertindih, kurang jelas tentang tugas dan kurang berlakunya pemberian kuasa. Untuk mengkaji sejauh mana persepsi GKMP terhadap pengupayaan di sekolah-sekolah, suatu kajian telah dijalankan ke atas semua sekolah menengah kebangsaan gred A di daerah Z iaitu sebanyak 27 buah sekolah. Terdapat 4 orang GKMP y...