KEPIMPINAN & ORGANISASI

DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN MELALUI TESIS

Menurut Jaafar Khamis (2007), pada awal penubuhan jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) iaitu pada September 1989, kajian Nasiriah (2001) menunjukkan bahawa 95.8% daripada 48 orang GKMP di Daerah X dan Y telah berkhidmat sebagai guru  melebihi 10 tahun. 91.5% daripada mereka pernah menjadi ketua panitia mata pelajaran tetapi mereka masih belum dapat bertugas sepenuhnya dalam jawatan yang disandang. Ini telah disokong oleh dapatan kajian Jaya Silar (1998) yang menyatakan GKMP menghadapi masalah sewaktu melaksanakan tugas di sekolah kerana kurang berpengalaman dalam bidang pengurusan, mempunyai senarai tugas yang bertindih, kurang jelas tentang tugas dan kurang berlakunya pemberian kuasa.

Untuk mengkaji sejauh mana persepsi GKMP terhadap pengupayaan di sekolah-sekolah, suatu kajian telah dijalankan ke atas semua sekolah menengah kebangsaan gred A di daerah Z iaitu sebanyak 27 buah sekolah. Terdapat 4 orang GKMP yang terdiri daripada GKMP Bahasa, GKMP Sains dan Matematik, GKMP Teknik dan Vokasional serta GKMP Sains Sosial di setiap sekolah menengah tersebut. Maka, sebanyak 108 orang GKMP di semua sekolah menengah dipilih sebagai sampel. GKMP di sekolah menengah Gred A dipilih kerana perlantikan mereka ke jawatan GKMP adalah secara bersih.
                    

MEMBUAT KEPUTUSAN
GKMP terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai perancangan kurikulum, kokurikulum, perbelanjaan dan program-program lain.
PERKEMBANGAN PROFESIONAL
Memberi peluang untuk GKMP menambah baik dan mengembangkan potensi kerjaya, meneruskan pelajaran dan memperkasa kemahiran
STATUS
Mendapat penghormatan oleh rakan setugas kepada GKMP kerana pengetahuan dan kemahiran mereka
EFIKASI DIRI
Melatih GKMP untuk mahir, cekap dan berkebolehan dalam merancang program yang memberi manfaat terhadap kepentingan para pelajar
AUTONOMI
GKMP menggunakan kuasa yang ada untuk memantau aspek-aspek tertentu dalam pengurusan sekolah
IMPAK
GKMP mampu bertindak sebagai suatu organisasi yang dapat memberi kesan atau pengaruh yang positif di sekolah.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Bagi melihat tahap pengupayaan terhadap GKMP di sekolah-sekolah menengah daerah X, kerangka konseptual kajian telah dibina. Mohd Najib (1999) telah mengatakan bahawa kepentingan untuk mengenal pasti pembolehubah kajian adalah sangat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian.
Faktor-faktor demografi seperti bidang mata pelajaran, umur, jantina, kelulusan tertinggi, dan tempoh berkhidmat sebagai GKMP adalah merupakan pembolehubah bebas dalam kajian ini. Persepsi GMKP terhadap tahap pengupayaan di sekolah-sekolah menengah daerah X ialah pembolehubah utama dalam kajian ini. Maka pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap pengupayaan yang berpaksikan kepada lima dimensi iaitu membuat keputusan, perkembangan professional, status, autonomi, efikasi diri dan impak.
Hubungan antara pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar, dan dimensi pengupayaan dapat diperhatikan secara ringkas menggunakan kerangka konseptual kajian yang digambarkan dalam Rajah Y.

                                      

                                                                          Rajah Y: Kerangka Konseptual Kajian


KAJIAN DAN DATA MELALUI INTERNET

Guru Kanan Mata Pelajaran / Panitia Subjek
1. Guru Kanan Mata pelajaran (GKMP) dipertanggungjawabkan oleh Pengetua dalam menjalankan tugas dan memainkan peranan positif berkaitan semua jenis mata pelajaran di bawah kawalannya.
2. Bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, bertepatan dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, GKMP wajib memainkan peranan utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui KBSM.
3. GKMP bertanggungjawab mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah serta menyediakan khidmat bantuan yang baik di samping menjadikan budaya pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan sekolah berjalan lancar.
4. GKMP mengelolai pelbagai jenis mata pelajaran iaitu mata pelajaran dalam bidang Bahasa, kemanusiaan, Sains serta mata pelajaran dalam bidang teknik dan vokasional.


SENARAI TUGAS DAN PERANAN GKMP


KURIKULUM
KOKURIKULUM
PENTADBIRAN
Ø  Membimbing guru-guru menentukan dan merancang Rancangan Tahunan dan Harian dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.

Ø  Mengetuai mesyuarat atau memimpin perjalanan panitia-panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.


Ø  Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ø  Membantu serta membimbing guru pelatih dalam latihan mengajar, guru-guru yang baharu dalam menjalankan tugas-tugas mereka.



Ø  Merancang, menyelaras serta melaksana semua kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik berkaitan dengan bidangnya.

  • Ø  Merancang, memantau dan menyelaras segala aktiviti persatuan yang berkaitan dengan bidangnya.

Ø  Membantu dalam menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang kawalannya.
Ø  Membantu dalam menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk para guru.
Ø  Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat serta semua jenis perangkaan yang berkaitan bidangnya.
Ø  Membantu merancang Takwim sekolah dan menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
Ø  Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.

GURU MEDIA / GURU DATA
Senarai Tugas Guru Media

  • ØMerancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu serta melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.
  • ØMerancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah selain menyelaras pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif dan kemas kini.
  • ØMelaksanakan Program Kemahiran Makumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan PdP serta mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
  • ØMerancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah dan juga program mempromosi Pusat Sumber Sekolah.
  • ØBerhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
  • Ø Menyedia dan mengedar minit mesyuarat AJK Induk / Kerja Pusat Sumber Sekolah selain memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
  • ØMelaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah dan turut menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
  • ØMenyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan pengurusan program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
  • ØMenghantar data dan laporan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah khasnya laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

GURU DATA

Senarai Tugas Guru Data

Pengurusan ICT Sekolah
Murid

1. Merancang dan  menyelaras  program bimbingan  pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dengan kerjasama Guru Cemerlang di sekolah.

2. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata   pelajaran untuk menyediakan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Merancang, mengurus, membimbing dan bekerjasama dengan panitia mata   pelajaran untuk menyelaras pembekalan perisian-perisian aplikasi pendidikan di sekolah berdasarkan keperluan bagi tujuan pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran.

1. Merancang, memantau dan melaksana program bagi memupuk kemahiran pembelajaran abad ke-21 supaya murid dapat membina kemahiran, ilmu dan sahsiah yang positif ke arah penggunaan teknologi dalam pembelajaran sepanjang hayat agar mampu bersaing di peringkat antara bangsa.

2. Merancang memantau dan melaksana program bagi memupuk pembelajaran secara kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri menggunakan ICT sebagai pengupaya supaya murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri

3. Merancang, memantau dan melaksana program bagi membimbing murid mengakses maklumat melalui pembelajaran ubiquitous (belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa) bagi tujuan melatih untuk mengumpul, memproses dan menghasilkan laporan terhadap maklumat tersebut.



Rujukan

GB, (2019). Fungsi dan peranan panitia mata pelajaran. Dimuat turun April 9, 2020, daripada    https://gurubesar.my/fungsi-dan-peranan-panitia-mata-pelajaran/

Jaaffar Khamis. (2007). Tahap Pengupayaan terhadap Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Muar. Universiti Teknologi Malaysia. Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan. Dimuat turun April 11, 2020, daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/6589/1/JaaffarKhamisMFP2007.pdf

Panduan senarai tugas Guru Kanan Mata Pelajaran sekolah menengah. Dimuat turun April 9, 2020, daripada http://www.geocities.ws/datukmenteri2000/gurukanan.htm

Sjkckgjering, (2012). Tugas guru media. Dimuat turun April 10, 2020, daripada https://www.slideshare.net/sjkckgjering/tugas-guru-media


Unknown, (2011). Peranan guru penyelaras media. Dimuat turun April 10, 2020, daripada http://pkgltrg.blogspot.com/2012/02/peranan-guru-penyelaras-media.html

Comments